Manusia zaman sekarang memang susah untuk mensyukuri pemberianyg telah Allah berikan seperti rezeki, hidup dan sebagainya.Tetapi kerana manusia tidak mensyukuri dengan apa yg telah diberikan, berlaku perkara yg buruk seperti bunuh diri, berjudi dan sebagainya.Seperti yg dikatakan, kerana duit masuk neraka.Umat islam akhir zaman ini kaya dengan harta dunia manakala miskin dengan harta akhirat.Tetapi kalau kaya dua-dua lebih baik kerana tanpa duit macam mana nak pegi haji kan.Ada juga yg enggan membayar zakat sedangkan mampu hendak membayarnya, walaupun zakat itu telah disuruh oleh Rasulullah. Kalau Rasulullah ada sekarang ni, cuba anda bayangkan bagaimana perasaan baginda melihat umat akhir zaman ini tidak mengikut ajaranya sedangkan sungguh perit dugaan yg telah dijalani baginda semasa menyebarkan ajaran islam seperti baginda dibaling batu sehingga berdarah, baginda dijerut , rumah baginda dibaling tahi unta, baginda dicaci,disindir,diejek dan seterusnya.Tetapi baginda bersabar dengan dugaan yg diberikan Allah.Kalau kita memang tidak kenal erti sabar padahal dugaannya sungguh kecil saje.Walaupun baginda ahli syurga namun baginda tidak penah meniggalkan solat solat dan tidak pernah meniggalkan ibadah yg lain.Kalaulah kita ni dah tau kita masuk syurga, mestikan kita tak nak solat dan melakukan ibadah yg lain.Rasulullah dan kita umpama salji dengan api. Jadi marilah kita menderma dan membayar zakat dengan rezeki yg diberikan Allah .Walaupun tak mampu nak derma banyak, reringgit jadi la letak kat tabung masjid.Satu ringgit, dapat dapat jugak pahala daripada tidak dapat apa2.
Peace
ALL RIGHT RESERVED

No comments:
Post a Comment