Tuesday, 24 January 2012

Hati Mu



"Bagaimana hati dapat bersinar, sementara gambar2 duniawi tetap terlukis dalam cermin hati mu?
Atau, bagaimana hati dapat berangkat menuju Allah, kalau masih dikuasai oleh nafsu?
Atau, bagaimana mungkin engkau akan bersemangat menghadap ke hadirat Allah, apabila hatimu disaluti dengan dosa2 yg engkau lakukan? 
Atau, bagaimana mungkin engkau dapat memahami jasa ibu bapamu, sementara engkau belum bertaubat dari kesalahanmu?"

(MAD NAQIB)

Friday, 20 January 2012

Kiamat Datang Tiba-Tiba


Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.

Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.

Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? (surah muhammad: 18)

Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang “tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia”.

Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.



LUPA

Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk  dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.

Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta’ala :
Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Manakala dalam catatan Imam Ahmad
Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)

Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.

Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:
Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.

Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.





Thursday, 5 January 2012

Kronologi Tanda - Tanda Besar Kiamat dan Hari Kiamat


Gambar Hiasan


Tempoh 40 tahun Dajal:

  1. Dajal mengisytiharkan diri sebagai tuhan; dan
  2. Allah menimpakan meteor ke atas bumi, lantas mengakibatkan munculnya asap (dukhan). Ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadan.
Tempoh 40 hari Dajal:

  1. Langit menjadi gelap kerana diliputi asap selama lebih daripada setahun. Dajal dan pengikutnya terjejas oleh asap berkenaan (wajah membengkak, buta dan pekak). Pada masa yg sama, orang beriman hanya ditimpa penyakit ringan kerana gejala seakan selesema;
  2. Empat puluh hari yg sama dengan 1 tahun, 2 bulan dan 2 minggu;
  3. Nabi Isa muncul di Damaskus;
  4. Nabi Isa membunuh Dajal di Gerbang Ludd (Lyda), Israel;
  5. Yakjuj dan Makjuj keluar;
  6. Nabi Isa dan kaum Muslimin melarikan diri ke Bukit Tursina; dan
  7. Yakjuj dan Makjuj mati dengan berkat doa Nabi Isa. 
Zaman kemakmuran di Bumi:

  1. Nabi Isa menghapuskan agama palsu;
  2. Nabi Isa berkahwin dan menunaikan haji di Makkah dan
  3. Nabi Isa meniggal dunia.
Kekafiran muncul kembali:

  1. Kemunculan golongan yg menyembah Nabi Isa;
  2. Keluar binatang melata dari bumi;
  3. Matahari terbit dari barat; dan
  4. Angin lembut mencabut roh orang beriman.
Nama Allah tidak lagi disebut:

  1. Dunia hanya dihuni oleh orang kafir - patung Al- Laat, Al- Usah dan dhil- Khissah disembah di Tanah Arab;
  2. Zina berlaku di jalanan
  3. Majoriti bangsa Romawi; dan
  4. Sangkakala pertama ditiup.
Kiamt I (40 tahun):

  1. Langit terbelah;
  2. Mega supernova, matahari digulung, planet berserakan, Bumi bergoncang;
  3. Manusia mati secara berturutan;
  4. Sangkakala kedua ditiup; dan
  5. Seluruh umat manusia dihidupkan kembali.
Kiamat II (Manusia berdiri di hadapan Allah selama 50,000 tahun):

  1. Syurga; dan 
  2. Neraka. 

Sumber : Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman




ALL RIGHT RESERVED

Search This Blog